Thursday 18 April 2019

Al-Imran Ayat 139

Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 139:

Ringkasan tafsir;
Ayat ini diturunkan dalam peristiwa Uhud ketika nabi menyeru dan menyuruh memburu musuh walau pun dalam keadaan luka parah; Islam berjuang kerana mempertahankan perkara yang hak dan benar, sedang mereka yang kafir berjuang kerana mempertahankan perkara yang batil dan salah. Jadi Islam adalah lebih tinggi darjat dari mereka sekiranya kamu benar-benar orang yang beriman. Kamu janganlah merasa lemah untuk meneruskan jihad bila telah sampai masanya kamu dikehendaki dan janganlah berduka cita atas kematian sahabat seperjuangan kerana para sahabat yang berjihad akan menjadi penduduk syurga kekal selamanya dan yang menjadi musuh sebagai kafir terbunuh itu akan dimasuk kedalam api neraka.


.
[previous] [next] [home]

.
Rujukan sumber,

Juzuk4, Surah3 
Terjemahan, 131~150,
[GS] https://sites.google.com/site/cyberespionagespy/1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8     


Thursday 21 July 2016

Surah AlBaqarah (182)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 182:

Ringkasan tafsir;
Dan Allah menambah lagi, barang siapa yang melihat dan menjadi saksi dan menyaksikan orang yang akan mati berwasiat, sedangkan wasiat yang ditinggalkan itu menyalahi syarak maka saksi tersebut perlulah menasihati mereka supaya memperbetulkan wasiat itu.
 ,
Catitan
Dalam ayat 2.2.180 hingga 2.2.182, adalah perlu mengambil berat tentang wasiat yang ditinggalkan itu dan hendaklah merujuk kepada perkara berikut;
1. Pemegang amanah wasiat hendaklah mengikut hukum syarak.
2. Apabila wasiat disebut oleh simati, maka saksi-saksi mestilah ada bersama.

3. Adalah lebih baik wasiat itu ditulis oleh jurutilis untuk menulis wasiat yang disebut oleh simati.  .



(lihat Surah 2, Ayat 180, 182)
(lihat Surah 2. ayat 188).
(lihat Surah 4, Ayat 11,14,176).






[Previous] [Next]
.
Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat  181~190,
 [GS] https://t.co/ESxnae4lXN
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr   
Pautan,
[G+] https://plus.google.com/115631796638612752538/posts/cUG6cujVj6n



.